1. Muawiyah bin Abu Sufyan
-Pengasas Kerajaan Bani Ummaiyyah.
-Dia menentang pemerintahan Khulafa al-Rasyidin yang terakhir iaitu Saidina Ali bin Abi Talib (menantu dan sepupu kepada Nabi Muhammad SAW).
-Beliau menawan Mesir dan menjadi Gabenor di Syria dan Mesir sehinggalah peristiwa pembunuhan Saidina Ali r.a pada tahun 661 Masihi.
-Beliau memerintah dari tahun 661 Masihi sehingga tahun 680 Masihi.
-Beliau juga dikenali sebagai Mu'awiyah I
-Selepas menjadi khalifah, Muawiyah mengembangkan empayar Islam dari barat Mesir sehingga Iran di timur.
-Khalifah Muawiyah juga melantik ramai bekas pegawai-pegawai Byzantine (Rom Timur) sebagai pegawai di kawasan baru jajahan Islam.
Hal ini menjadikannya popular dan terkenal di Syria.

2. Yazid bin Muawiyah
-Anak kepada Muawiyah bin Abu Sufyan.
-Khalifah Muawiyah r.a. memutuskan penggantinya ialah anaknya sendiri iaitu Yazid selepas mendapat persetujuan dari bandar bandar taklukan kerajaan Islam serta berbincang dengan para sahabat Rasullulah saw seperti Ibnu Abbas,Inbu Umar dan Isteri Nabi Aisyah serta disokong oleh Muhammad bin Ali bin Abi Talib al-Hanafiyah r.a (anak Khalifah Ali r.a. yang paling alim).
-Jelas, inilah yang menjadikan Muawiyah memikirkan untuk melantik Yazid, ia sebenarnya idea para sahabat beliau juga agar umat Islam ketika itu tidak terus diporak-perandakan oleh Syiah.
-Sebagai seorang sahabat yang berpandangan jauh, Muawiyah telah nampak isu ini. Kes pembunuhan Umar, Uthman, dan Ali sendiri telah membuktikan segala-galanya. Langkah melantik Yazid adalah langkah yang paling tepat untuk menjaga survival kerajaan Islam ketika itu.
-Keputusan ini mendatangkan bantahan daripada Abdullah Ibn Zubayr r.a. dan Husayn bin Ali r.a. dan segelintir penduduk Madinah dikenali sebagai 'Fitnah Ibn Zubayr'. Namun penentangan ini hanya berlaku selepas Khalifah Muawiyah wafat.
-Namun begitu penduduk Kufah yang rata-ratanya berfahaman Syiah telah menolak kepimpinan Yazid dan ingin melantik Saidina Hussain sebagai khalifah yang baru.
-Penduduk Kufah menjemput Saidina Hussain untuk ke Kufah dan Saidina Hussain telah mengutuskan Muslim bin ‘Aqil untuk meninjau keadaan sebenar di Kufah. Saidina Hussain memaklumkan khabar berita ini serta niat beliau untuk ke Kufah kepada para sahabat serta ahli keluarga beliau bagi mendengar pandangan mereka. Para sahabat terkemuka serta ahli keluarganya telah menentang niat Saidina Hussain tersebut. Ini adalah kerana mereka dapat menghidu helah golongan Syiah di Kufah yang sememangnya terkenal dengan pengkhianatan mereka terhadap Umat Islam. Mereka berpandangan sokongan kuat yang menurut khabarnya datang dari penduduk Kufah hanyalah palsu dan tindakan mereka ini merupakan dalih mereka untuk menimbulkan susana kacau-bilau di dalam masyarakat Islam. Ternyata pujuk rayu mereka gagal untuk menghentikan hasrat beliau untuk ke Kufah.
-Apabila mendengar pergerakan rombongan Saidina Hussain ke Kufah maka Yazid memerintahkan gabenor beliau di Basrah iaitu Ubaidullah bin Ziyad serta tenteranya untuk berangkat ke Kufah bagi memantau pergerakan Saidina Hussain serta kebangkitan orang-orang Kufah.
-Wakil Saidina Hussain di Kufah iaitu Muslim bin ‘Aqil telah menghidu konspirasi yang sedang dirancang oleh penduduk Syi’ah di sana. Sebelum Muslim dibunuh oleh penduduk Kufah beliau sempat mengutuskan ‘Umar bin Saad bin Abi Waqqas kepada Saidina Hussain yang semakin hampir tiba ke bandar Kufah tentang kecurangan golongan Syi’ah. Maka Saidina Hussain membatalkan hasratnya untuk ke Kufah dan mengubah laluan rombongannya menuju ke Syam untuk menemui Yazid.
-Golongan Syi’ah di Kufah mula panik ditakuti Saidina Hussain berbai’ah kepada Yazid. Tentera Syi’ah lengkap bersenjata dari Kufah iaitu Syits bin Rab’ie seorang Syi’ah dari Kufah yang mengetuai 40,00 bala tentera mengejar rombongan Saidina Hussain dan mereka bertembung di Karbala. Syits bin Rab’ie orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saidina Hussain. ‘Abdullah ibnu ‘Umar r.a ( Ibnu Umar ) seorang sahabat Nabi yang besar kedudukannya telah dipertanggungjawabkan penduduk Kufah atas kematian Saidina Hussain.
-Selepas itu berlaku lagi beberapa penentangan di empayar Islam tetapi kesemuanya gagal.
-Yazid walaupun mencetuskan banyak kontroversi dan penentangan semasa pemerintahannya banyak memperbaharui sistem pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Dia meneruskan kebanyakan daripada polisi ayahnya. Beliau juga meningkatkan sistem pengairan pertanian di gurun sekitar Damsyik.
3. Muawiyah bin Yazid
-Juga dikenali dengan nama Muawiyah
-Khalifah Kerajaan Bani Ummaiyyah hanya selama empat bulan selepas kematian ayahnya Yazid I.
-Empayar yang diwarisinya berada dalam keadaan bergolak selepas Abdullah bin Zubayr melantik dirinya sebagai khalifah dan menguasai daerah Hijaz di samping daerah-daerah yang lain.
-Muawiyah II dianggap sebagai seorang yang baik hati dan tidak menunjukkan minat dalam politik.
-Dia kemudiannya wafat tidak lama selepas itu. Ada pendapat mengatakan bahawa dia diracun. Saudaranya, Marwan I mewarisi takhta kerajaan.
4. Marwan bin al-Hakam
- Khalifah Ummayyah yang mengambil alih tampuk pemerintahan selepas pemerintahan singkat Muawiya II yang berakhir pada tahun 684masihi.
-Marwan mengubah pemerintahan daripada keturunan Abu Sufyan kepada keturunan al-Hakam.
-Kedua-duanya merupakan cucu Ummaiyyah. (nama kerajaan diambil sempena namanya). Al-Hakam ialah sepupu pertama Uthman bin Affan.
-Semasa pemerintahan Saidina Uthman Affan, Marwan dilantik menjadi Gabenor Madinah. --Walau bagaimanapun, dia dipecat semasa pemerintahan Saidina Ali Abi Talib dan dilantik semula ke jawatan tersebut oleh Khalifah Muawiyah.
-Marwan diusir keluar daripada Madinah selepas Abdullah bin Zubayr memberontak menentang pemerintahan Yazid I.
-Pemerintahan singkat Marwan diwarnai dengan perang saudara didalam Bani Ummaiyyah sendiri di samping peperangan dengan Abdullah bin Zubayr yang menguasai Hijaz,Iraq, Mesir, dan sebahagian daripada Syria.
-Marwan berjaya memenangi perebutan kuasa di dalam Bani Ummaiyyah di samping berjaya menawan semula Mesir dan Syria daripada Abdullah tetapi masih gagal menewaskannya.
-Marwan digantikan oleh anaknya, Abdul Malik bin Marwan.
5. Abdul Malik bin Marwan
-Ketika berusia 16 tahun, Abdul Malik b. Marwan pernah mengetuai pasukan tentera Madinah melawan Byzantine ketika pemerintahan Mu'awiyah.
-Beliau sempat melakukan pembaharuan seperti mengeluarkan matawang mas, mengumpul kembali Mushaf Uthman.
-Diakhir hayatnya Khalifah Abdul Malik b. Marwan berhasrat melantik anaknya Al-Walid bin Abdul Malik bagi menggantikan pencalonan saudaranya Abdul Aziz. Ini menimbulkan ketegangan dengan Abdul Aziz tetapi ketegangan ini tamat apabila Abdul Aziz meninggal lima bulan sebelum kematian Abdul Malik b. Marwan.
-Selepas kematian Abdul Malik b. Marwan, anaknya Al-Walid bin Abdul Malik dilantik menjadi penggantinya.
-Pada zaman pemerintahan beliau, Qubbat As-Sakhrah telah dibina di Baitulmuqaddis.
-Beliau seorang cendekiawan dan mempunyai ilmu pengetahuan agama dan bahasa arab yang tinggi.beliau seorang penghafal al-quran.
-Pada permulaan pemerintahan,beliau berusaha untuk mengekalkan dasar pemerintahan berwaspada bagi mengelakan daripada tindakan keras.
-Kerajaan pusat di Damsyik diperintah secara mutlak. Penempatan tentera telah diperluaskan di sekitar Mesir dan kawasan Laut Mediterranean.
-Beliau juga memberikan layanan baik kepada suku kaum Arab dengan memberi elaun dan lain-lain.
-Tentera luar Syam telah digunakan untuk mengawal wilayah Iraq.
-Beliau turut mewujudkan sistem birokrasi yang dianggotai oleh keluarga Marwan.
-Abdul Malik telah menubuhkan pasukan tentera khas sebagai tentera kerajaan.
6. Al-Walid bin Abdul Malik
-Anak kepada Khalifah Abdul Malik b. Marwan.
-Beliau terus mengembangkan empayar Islam dan meneruskan polisi ayahnya untuk menyebarkan ajaran Islam.
-Di samping itu, beliau ialah seorang pemerintah yang cekap dan berkesan.
-Seperti ayahnya, Khalifah Al-Walid terus membiarkan Hajjaj ibn Yusuf menjadi Gabenor Iraq dan berkuasa di sana.
-Al-Walid meneruskan sistem pemerintahan ayahnya dengan membina satu sistem kebajikan di samping membina hospital-hospital dan institusi pendidikan.
-Beliau juga amat meminati bidang kesenian dan mengambil langkah untuk memajukan bidang ini.
-Al-Walid juga meminati bidang seni bina dan beliau juga terlibat dalam usaha membaiki dan mempercantikkan Masjid an-Nabawi di Madinah.
-Tambahan pula, beliau membeli Gereja "Christian Basilica of St. John the Baptist" dan mengubahnya menjadi sebuah masjid iaitu Masjid Ummayyah (St. John the Baptist ialah Nabi Yahya a.s.).
-Al-Walid juga membina sebuah angkatan laut yang kuat dan memperkuatkan lagi angkatan tentera.
-Beliau juga telah membina dan menyiapkan pembinaan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis.
-Al-Walid digantikan oleh adiknya, Sulaiman bin Abdul Malik.
7. Sulaiman bin Abdul Malik
-Sulaiman mengambil alih tampuk pemerintahan selepas penentangan politik oleh Hajjaj ibn Yusuf. Walau bagaimanapun, Hajjaj meninggal dunia pada tahun 714.
-Hal ini memberi peluang kepada Sulaiman untuk menghapuskan musuhnya. Antaranya ialah Qutaibah ibn Muslim, Musa ibn Nusair, dan Muhammad ibn Qasim. Kesemua mereka dipenjara sebelum dibunuh.
-Semasa pemerintahannya, beliau melantik Umar ibni Abd Aziz sebagai menteri kanannya. ---Pada masa pemerintahan beliau, penaklukan dijalankan di kawasan pergunungan di Iran.
-Sulaiman juga mengarahkan supaya Constantinople diserang, tetapi serangan ini tidak membuahkan hasil.
-Di dalam negeri pula, beliau mengarahkan supaya perigi dibina di Makkah untuk jemaah haji.
-Beliau juga menguatkuasakan undang-undang wajib bersembahyang.-Imej Sulaiman menjadi buruk selepas peristiwa pembunuhan tiga panglima perang terbabit.-Dia memerintah selama dua tahun tetapi memecahkan tradisi apabila melantik Umar ibni Abdul Aziz walaupun ditentang oleh saudara terdekatnya.
8. Umar bin Abdul Aziz
-Umar terus tinggal di Madinah sepanjang pemerintahan Khalifah Al-Walid dan Khalifah Sulaiman.
-Khalifah Sulaiman yang juga merupakan sepupu Umar amat mengaguminya dan melantik Umar sebagai penggantinya walaupun ditentang oleh saudara terdekatnya.
-Umar dengan berat hati menerima jawatan ini walaupun mencuba beberapa kali untuk mengubah keputusan Khalifah Sulaiman.
-Umar tidak mementingkan kekayaan dan kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan.
-Walaupun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan rakyat supaya memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya.
-Beliau membahagikan tanah jajahan Ummayyah kepada rakyat dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah.
-Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan awam.
-Dia juga menghapuskan amalan menyumpah Saidina Ali Abi Talib semasa khutbah Jumaat. -Khalifah Umar juga menguatkuasakan undang-undang Syariah dan menghapuskan amalan pembayaran cukai Jizyah terhadap saudara baru Islam walaupun mereka telah memeluk Islam.
-Walaupun beliau tidak berminat untuk mengembangkan empayar Ummaiyyah, beliau berjaya menumpaskan beberapa pemberontakan dan penentangan.
-Perubahan yang dilakukannya menimbulkan kemarahan golongan bangsawan Ummaiyyah yang kemudiannya merasuah seorang hamba untuk meracuni makanannya.
-Umar mengetahui mengenai perkara ini dan memaafkan pesalah ini. Beliau wafat pada tahun 720 di Aleppo. Beliau digantikan oleh sepupunya Yazid II.
9. Yazid bin Abdul Malik
-Pemerintahan Yazid diselaputi dengan masalah dalaman dan luaran kerajaan.
-Pelbagai perang saudara tercetus di bahagian-bahagian yang berbeza dalam kawasan taklukan seperti di Sepanyol, Afrika, dan di timur.
-Pada masa inilah muncul kumpulan anti-Ummaiyyah yang mengugat kestabilan kerajaan dan negara. Antaranya ialah kumpulanAbbasiyyah yang kemudiannya menamatkan pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah .
-Tetapi Kerajaan Ummaiyyah tidak jatuh dengan begitu mudah.
-Yazid meninggal pada tahun 724 dan digantikan dengan saudaranya Hisham ibni Abd al-Malik.
10. Hisham ibni Abd al-Malik
-Beliau mewarisi takhta daripada abangnya Yazid II, Hisham memerintah di bawah pemerintahan yang bermasalah.
-Beliau bagaimanapun berjaya mengatasi masalah ini. Beliau juga melakukan pelbagai pembaharuan seperti pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
-Seperti abangnya Al-Walid I, Hisham ialah seorang penggemar seni dan menggalakkan perkembangan kesenian di dalam empayar IslamUmmayyah.
-Beliau juga menggalakkan bidang pendidikan dengan membina sekolah-sekolah serta penterjemahan karya-karya ke dalam Bahasa Arab.
-Beliau juga mengetatkan undang-undang Syariah seperti mana yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz termasuk terhadap kaum keluarganya sendiri.
-Dalam segi ketenteraan, Hisham menghantar tentera untuk menghapuskan pemberontakan Hindu di Sind, India.
-Di Sepanyol pula, konflik dalaman telah tamat dan ini menyebabkan Hisham meneruskan operasi ketenteraan ke Perancis.
-Walau banyak kemenangan dicapai, tetapi tentera Muslim berjaya dihalang di Perang Tours oleh Charles Martel.
-Empayar Islam terus berkembang di Sepanyol walaupun dengan kekalahan tersebut.
-Di Afrika Utara satu pemberontakan oleh kaum Barbar berjaya dihancurkan.
-Walaupun dengan banyak kejayaan yang diperolehi Hisham, pengaruh golongan Abbasiyyah semakin berkembang tetapi mereka masih lagi tidak cukup kuat untuk menentang Kerajaan Bani Ummaiyyah.
-Selepas kematian Hisham, beliau digantikan oleh al-Walid II.
11. Walid bin Yazid
-Pewarisan al-Walid terhadap takhta Ummaiyyah ditentang oleh kebanyakan kaum kerabat Ummaiyyah kerana kesukaannya bersuka ria dan berfoya-foya.
-Tetapi dia tetap dilantik menjadi khalifah. Sebaik sahaja dilantik menjadi khalifah, beliau mula menghapuskan musuh-musuh politiknya dan sesiapa sahaja yang menentangnya.
-Al-Walid dibunuh pada 16 April, 744 semasa bertarung dengan musuhnya.
-Beliau digantikan dengan sepupunya Yazid III.
12. Yazid bin Al-Walid
-Beliau memerintah selama enam bulan sebelum meninggal dunia.
-Zaman pemerintahannya diwarnai dengan ketidakstabilan.
-Beliau juga dikenali kerana enggan menaikkan gaji anggota tentera yang berkhidmat semasa zaman Khalifah al-Walid II.
-Kenaikan gaji itu dijanjikan oleh Khalifah al-Walid II.
-Yazid diganti oleh adiknya Ibrahim bin al-Walid.
13. Ibrahim bin Al-Walid
-Beliau memerintah dalam masa yang amat singkat pada Oktober 744 sebelum melarikan diri dan bersembunyi daripada musuh politiknya.
-Sepupunya Khalifah Ibrahim, Marwan bin Muhammad segera menggantikannya.
14. Marwan bin Muhammad
-Marwan mula memerintah selepas sepupunya, Khalifah Ibrahim meninggalkan tugas khalifah dan pergi menyembunyikan diri.
-Sebelum menjadi khalifah, Marwan ialah Gabenor Azerbaijan.
-Marwan mewarisi sebuah empayar yang sedang dalam zaman kejatuhannya.
-Walaupun mendapat beberapa kemenangan awal, beliau dikalahkan oleh Abu al-Abbas al-Saffah di Sungai Zab.
-Dalam pertempuran ini sahaja, lebih kurang 300 ahli keluarga Bani Ummaiyyah terbunuh.
-Selepas tewas dalam peperangan ini, Marwan mula tergesa-gesa mencari perlindungan.
-Beliau berharap dapat mencari perlindungan di kawasan barat dengan mengembara ke Mesir, tetapi beliau ditangkap sewaktu menyeberangi Sungai Nil.
-Hal ini menyebabkan beliau terbunuh. Kematiannya menandakan berakhirnya pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
-Kaum keluarga Bani Ummaiyyah yang lain juga habis dibunuh oleh tentera Abbasiyyah.
-Cuma seorang sahaja yang terselamat iaitu Abd ar-Rahman Ad-Dakhil yang kemudiannya menyeludup ke Sepanyol dan menubuhkan Kerajaan Bani Ummaiyyah Sepanyol.

Thank you, tapi tukar background boleh tak? Pening kepala baca
ReplyDeletelagu merangsang jiwa,satu kelas sebak

ReplyDelete