1. Abdul Rahman I
-Abdul Rahman I juga disebut sebagai Abd ar-Rahman I atau Abdul Rahman al-Dakhil ("Pendatang")
-Pengasas Kekhalifahan Cordoba.
-Beliau mengembara bersama-sama pengawal peribadinya selepas kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyah sehingga sampai di Sepanyol.
-Setibanya di sana, beliau memaklumkan tentang keadaan pergolakan dan pertukaran tampuk pemerintahan di benua Arab. Dengan itu, kerajaan Islam di Sepanyol mengisytiharkan pemisahan daripada Kerajaan Bani Abbasiyah dan melantik Abdul Rahman I sebagai Amir bagi kerajaan Islam Sepanyol.
-Beliau telah meninggal sekitar tahun 785 hingga 788 M. Abdul Rahman telah meninggal dunia di Bandar Cordoba (City of Cordova) dan dikebumikan di suatu tapak yang digelar "Mezquita".
-Sebelum kematiannya, Abdul Rahman, telah mewasiatkan anak lelaki kesayangannya Hisham I untuk mewarisi takhta Kerajaan Bani Umaiyah di Sepanyol
2. Hisham I
-Hisham I atau Hisham Al-Reda ialah Amir Cordoba daripada keturunan Bani Ummaiyyah dilahirkan di Cordova yang memerintah dari tahun 788 sehingga tahun 796 M di Al-Andalus (Semenanjung Iberia).
-Beliau ialah anak pertama Abdul Rahman I dan isterinya, Halul dan mempunyai seorang adik tiri bernama Suleiman.
-Beliau membina banyak masjid dan berjaya menyiapkan pembinaan Mezquita.
-Pada tahun 893 M beliau melancarkan kempen besar-besaran terhadap Kerajaan Asturias dan Negeri Toulouse.Hisham wafat pada tahun 796 M selepas memerintah selama 8 tahun.
-Beliau baru berusia 40 tahun pada ketika itu. Dirinya lebih dikenali sebagai penjelmaan semula Khalifah Umar bin Abdul Aziz, begitu taat dalam beragama. Beliau hidup dengan begitu sederhana dan amat menjauhi kehidupan mewah dan mengejar duniawi. Beliau sangatlah takutkan Allah dan dikenali dengan seorang yang sangat adil dan berpengaruh.
3. Al-Hakam I
-Al-Hakam Ibn Hisham Ibn Abdul Rahman I ialah Amir Cordoba daripada keturunan Bani Ummaiyyah dari tahun 796 M sehingga tahun 822 M di Al-Andalus (Semenanjung Iberia).
-Semasa pemerintahannya, beliau berjaya menumpaskan pemberontakan yang diketuai oleh pemimpin-pemimpin agama di sebuah kawasan luar bandar yang diberi nama al-Ribad di bahagian selatan Sungai Guadalquivir.
-Beliau menghukum penduduk-penduduk di situ dengan memerintahkan mereka keluar daripada kawasan itu dengan kapal.
-Mereka tiba di Iskandariah dan menguasai kota itu sehinggalah pada tahun 827 M apabila mereka sekali lagi diusir.
-Mereka belayar ke Crete, dan di situ mereka mengasaskan sebuah kerajaan sehinggalah Byzantine berjaya menawan Crete pada tahun 961 M.
4. Abd ar-Rahman II
-Abd ar-Rahman II ialah Amir Cordova daripada keturunan Bani Umaiyyah di Al-Andalus (Semenanjung Iberia).
-Anak kepada Amir Al-Hakam I, beliau menjadi Amir Cordoba pada tahun 822 M dan sering bertempur dengan Alfonso II dari Asturias, dan berjaya menghalang kemaraan tentera Alfonso antara tahun 822–842 M.
-Pada tahun 837 beliau berjaya menewaskan satu pemberontakan oleh masyarakat Kristian dan Yahudi di Toledo dan berjaya menggagalkan serangan oleh puak Viking pada tahun 844.
-Beliau kemudian membina angkatan laut di Seville untuk menangkis serangan pada masa hadapan.Beliau dikenali sebagai orang yang mengadakan program pembangunan masyarakat di Cordova, di mana beliau meninggal dunia pada tahun 852.
-Beliau seorang wira yang berani, akan tetapi beliau juga dikenali sebagai peminat kesenian. Beliau juga terbabit dalam hukuman terhadap masyarakat Kristian yang mengutuk nama suci Allah.
5. Muhammad I
-Muhammad I ialah Amir Ummaiyyah di Cordova dari tahun 852 sehingga tahun 886 M di Al-Andalus (Semenanjung Iberia).
-Muhammad I wafat pada 886 M.
-Beliau memerintah dengan jayanya selama hampir 35 tahun.
-Muhammad I seorang yang begitu sederhana, berani, warak dan bijaksana. Beliau begitu tegas dalam membuat sesuatu serta tegas dalam memperjuangkan Islam. Beliau diganti oleh anaknya al-Mundhir.
6. Al-Mundhir
-Al-Mundhi adalah Khalifah Islam di Cordoba, Sepanyol.
-Beliau memerintah dari 886 hingga 888.
-Beliau anak kepada Muhammad I
7. Abdallah ibni Muhammad
-Abdallah ibni Muhammad. Beliau lahir pada 11 Januari 844 ialah amir ketujuh Cordoba.
-Beliau memerintah dari 888 hingga 912 di Al-Andalus.
8. Abd Ar-Rahman III
-Abdurrahman III (Abd ar-Rahmān ibn Muhammad ibn ′Abd Allāh ibn Muhammad ibn ′abd ar-Rahman ibn al-Hakam ar-Rabdi ibn Hisham ibn ′abd ar-Rahman ad-Dakhil lahir pada 11 Januari 889/91) ialah Amir dan Khalifah Cordova bagi Dinasti Ummayah di al-Andalus.
-Beliau digelar al-Nasir " Pelindung Kepercayaan", beliau menaiki takhta ketika berusia 22 tahun dan memerintah selama 49 tahun sebagai seorang putera yang paling berkuasa di Iberia.
-Di bawah pemerintahannya, rakyat jelata dari pelbagai kaum telah bertoleransi dan diberikan kebebasan beragama, beliau menewaskan kerajaan Fatimiyah, yang menyokong musuhnya di Ifrikiyah, dan mengambil gelaran Khalifah (pemimpin dunia Islam) untuk dirinya sendiri.
-Selepas berjaya menghapuskan beberapa pemberontakan, Abd ar-Rahman III mendapati beliau begitu berkuasa untuk mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah pada 16 Januari 929 dan menjadikannya setaraf dengan khalifah Khilafah Fatimiyyah dan Abbasiyah. Selalunya gelaran khalifah hanya dipakai oleh putera raja yang memerintah kerajaan Islam yang meliputi kota Makkah dan Madinah, dan nenek moyangnya sudah lama memakai gelaran amir.
-Pada tahun 950 Abd ar-Rahman III menerima hadiah daripada Borrell II, yang menandakan negara di utara menerima kekuasaan khalifah sebagai pertukaran perdamaian dan sokongan.
-Semasa pemerintahannya, Cordova menjadi pusat intelektual terpenting di barat Eropah. Beliau telah mengembangkan perpustakaan bandar di mana kemudiannya diperkayakan oleh penggantinya.
-Abd-ar-Rahman adalah penaung kesenian dan kejuruteraan.
-Selepas mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah, beliau telah membina kompleks istana yang dikenali sebagai Medina Azahara, yang terletak 5 kilometer di utara Cordoba.
-Medina Azahara dibina mengikut reka bentuk istana kerajaan Umaiyah di Damsyik dan menjadi simbolik di antara khalifah baru dan nenek moyangnya.
9. Al-Hakam II
-Al-Hakam II (al-Ḥakam II ibn ʿAbd al-Raḥmān III lahir pada 13 Januari adalah khalifah kerajaan Umaiyah di al-Andalus dan merupakan putera kepada Abd-ar-Rahman III.
Beliau berdamai dengan kerajaan Kristian di utara Iberia dan telah membina sistem pengairan untuk memajukan pertanian.
-Pembangunan ekonomi juga ditingkatkan melalui kerja-kerja pelebaran jalan dan pembinaan pasar.
Al-Hakam II amat meminati sains. Beliau telah memesan buku dari Damsyik, Baghdad, Constantinople, Kaherah, Makkah, Madinah, Kufah, dan Basrah.
-Al-Hakam II terkenal di dunia Islam sebagai penaung ilmu pengetahuan sehinggakan sebuah buku mengenai beliau telah ditulis di Parsi yang berada di bawah kekuasaan kerajaan Abbasiyah.
-Semasa pemerintahannya, kegiatan penterjemahan telah dilakukan secara besar-besaran.
-Banyak buku-buku yang berbahasa Latin dan Greek telah diterjemahkan kepada bahasa Arab.
-Al-Hakam II telah membentuk jawatankuasa bersama yang dianggotai oleh Arab Muslim dan Kristian Iberia untuk melakukan tugas ini.
-Al-Hakam II telah membina sebuah perpustakaan diraja di Cordova. Perpustakaan ini dikatakan mempunyai lebih daripada 600 000 buah buku. Buku-buku ini telah disusun ke dalam 44 buah katalog.
-Al-Hakam II meminati sejarah dan menulis sejarah tentang al-Andalus.
-Selepas kematiannya, al-Mansor telah memusnahkan semua buku sains purba.
-Ahli matematik di Cordoba iaitu Labana telah menjadi setiausaha peribadi Al-Hakam II
-Apabila kuasa pentadbiran negara yang berada di tangan wazir al-Mushafi semakin bertambah, Jeneral Ghalib telah mengambil alih tugas sebagai panglima tentera. Beliau telah ditugaskan untuk mematahkan serangan orang-orang Norman serta berperang dengan kerajaan Zirid dan Fatimiyah di utara Afrika. Tentera kerajaan Fatimiyah telah ditewaskan pada 974 M. dan Al-Hakam II berjaya mengukuhkan pengaruh Khilafah ke atas wilayah-wilayah Kristian iaitu Navarre, Castile serta Leon.
-Al-Hakam II mengalami strok pada akhir hayatnya yang menyebabkan tugasnya sebagai khalifah terganggu. Al-Hakam II mangkat pada 976 M. ketika berusia 61 tahun. Baginda telah digantikan oleh puteranya Hisham II al-Mua'yyad.
10. Hisham II
-Hisham II adalah Khalifah Cordova yang ketiga di dalam dinasti Ummayyah.
-Beliau memerintah dari tahun 976-1009 dan 1010-1013 di Al-Andalus (Semenanjung Iberia).
-Hisham II telah menggantikan ayahandanya Al-Hakam II sebagai khalifah Cordoba pada 976 dalam usia 10 tahun, dengan ibunya Subh dan perdana menterinya Jafar al-Mushafi yang bertindak sebagai pemangku. Jeneral Ghalib dan al-Mansur ibn Abi al-Aamir berpakat untuk menghalang sebahagian sida-sida daripada menempatkan adik lelaki kepada al-Hakam II di atas takhta. Subh mengagumi al-Mansur dan melantik beliau sebagai penasihat kepada khalifah. Hisham II sendiri diasingkan daripada kerajaan dan tidak mempunyai sebarang pengalaman politik.
-Pada 997, beliau dipaksa untuk menyerahkan kuasa pemerintahan kerajaan kepada al-Mansur, walaupun kekuasaan kekhilafahan ke atas wilayah Kristian mencapai puncaknya.
-Selepas kematian al-Mansur, anaknya Abd al-Malik al-Muzaffar menjadi wazir dan mengukuhkan kedudukannya dengan kejayaannya menawan Navarre dan Barcelona sebelum dibunuh oleh adik tirinya Abd Rahman Sangul.
-Pada 1009, Muhammad II al-Mahdi yang popular telah mengetuai pemberontakan untuk menumbangkan Sangul dan Hisham II, di mana mereka berdua dipenjarakan di Cordoba semasa pemerintahan baru itu.
11. Muhammad II
-Muhammad II atau Muhammad II al-Mahdi yang popular telah mengetuai pemberontakan untuk menumbangkan Sangul dan Hisham II, di mana mereka berdua dipenjarakan di Cordoba semasa pemerintahan baru itu pada 1009.
-Beberapa tahun selepas itu berlaku perubahan pucuk pimpinan.
-Sebagai hasilnya, berlakulah perang di antara orang Barbar dan orang Arab di mana Muhammad II kehilangan kuasanya kepada Sulaiman al-Mustain pada 1009.
12. Sulaiman
-Sulaiman atau Sulaiman al-Mustain menjadi khalifah bermula pada 1009 hingga 1010 sebelum mengembalikan Hisham II sebagai khalifah pada 1010.
13. Hisham II
-Hisham II telah menaiki takhta semula apabila tentera Slav di bawah pimpinan al-Wahdid telah mengembalikan Hisham II sebagai khalifah pada 1010.
-Sekarang Hisham II berada di bawah pengaruh al-Wahdid yang kemudiannya gagal mengawal tentera Barbar yang masih menyokong Sulaiman al-Mustain dan perang saudara berterusan. Pada 1013 tentera Barbar menawan Cordova dengan melakukan pelbagai kemusnahan.
-Beliau dikatakan telah dibunuh oleh Barbar pada 19 April 1013.
14. Sulaiman
-Sulaiman al-Mustain menaiki takhta semula selepas tentera Barbar menawan Cordova dengan melakukan pelbagai kemusnahan.
15. Abd ar-Rahman IV
-Abd ar-Rahman IV telah memerintah pada 1021 sehingga 1022 dan digantikan dengan Abd ar-Rahmna V
16. Abd ar-Rahman V
-Abd ar-Rahman memerintah selama setahun dari 1022 sehingga 1023 dan digantikan dengan Muhammad III.
17. Muhammad III
-Muhammad III memerintah pada 1023 sehingga 1024 dalam jangka setahun dan digantikan dengan Hisham III.
18. Hisham III
-Hisham III memerintah dari 1027 sehinggan 1031 dan menjadi khalifah terakhir memerintah bani umayyah di Cordova.